BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 27 May 2011

secebis kasihmu

Malam itu ,Hana dimarahi lagi.Bukan besar mana kesalahannya.Hanya terlupa menutup api dapur semasa menjerang air tadi.Hampir kering air di dalam cerek.Itu yang menyebabkan ibunya marah sangat.Tetapi bagi hana,tidak perlulah ibu marah sehingga tidak memanggilnya  untuk makan malam bersama.                          

Hana mengurungkan diri di bilik,menangis sendirian. Bukan tanda protes,tetapi hatinya lara.Selama ini pun ibu sering merahkan hana walaupun kesalahan itu hanya sekecil hama.Adakala,Hana terfikir sendirian.adakah kewujudan ak di rumah ini menyebabkan ibu tidak selesa? Adakah disebabkan ayah sering memanjakan aku menyebabkan ia cemburu?

Hana sedar,sebagai anak angkat,dia tidak punya hak untuk bermesra apatah lagi untuk disayangi.Dia cuma menumpang kasih keluarga itu.Ah, fikiran jahat ini sahaja menggangu fikiranku,getus hati kecil hana.

Kisah sedihnya bermula apabila ibu dan ayahnya tidak dikurniakan sebarang zuriat lantas ayahnya mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat setelah tujuh tahun tidak ditemani tangis dan tawa anak kecil.Setelah beberapa bulan hana diambil,ibunya disahkan hamil,kembar pula dan itulah dia fariz dan farhan.

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Selalunya waktu itulah mereka akan makan malam bersama.Namun,tiada tanda ibunya akan memanggilnya untuk makan bersama ayah dan kedua adik kecilnya fariz dan farhan.

Dari balik pintu ,hana mendengar suara ayahnya, "imah, mana hana?tak panggil makan sama ke?

"Biarlah dia.kalau lapar,tahulah dia keluar.Jangan dimanjakan sangat.Budak tu dah besar panjang".Kedengaran  pula suara ibunya  menjawab  pertanyaan ayahnya.bersambung...............

0 comments: